Thursday 22 December 2011

Aktiviti Perbincangan 3

Berikan ayat-ayat Al-Quran atau hadis-hadis yang berkaitan dengan amal soleh.


16 comments:

  1. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan). (Ankabut: 9)

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera. (Hajj:23)

    ReplyDelete
  3. “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” – Al-Qur’anul Karim; Surah An-Nahl ayat 97.

    ReplyDelete
  4. “Maksud Hadis Nabi SAW: “Segeralah kamu dengan amalan-amalan soleh, fitnah akan berlaku saperti sepotong malam yang kelam, pagi seorang lelaki (perempuan) itu menjadi mukmin dan petangnya menjadi kafir, petangnya menjadi mukmin dan paginya menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan mata benda dari dunia”. (HR Muslim)

    ReplyDelete
  5. Dari Jabir r.a. katanya: “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

    ReplyDelete
  6. “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama mereka yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku”. (QS An-Nuur:55)

    ReplyDelete
  7. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan - Surah As-sajadah. Ayat 017.

    ReplyDelete
  8. Wahai Rasul-Rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan - Surah AlMu’minun. Ayat 051

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas penyertaan kalian semua. semoga lebih banyak mendalami ilmu.

    ReplyDelete
  10. Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: "Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. " Dan semenjak itu Ibn Umar selalu berkata: "Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu."(Bukhari)

    ReplyDelete
  11. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk - Surah AlBaiyinah. Ayat 007.

    ReplyDelete
  12. “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali, orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.
    (Al-‘Asr: 1-3)

    ReplyDelete
  13. Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh” - Surah An Naml [27] : 19

    ReplyDelete
  14. ‘Sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar’ - At-Taghabun [9]

    ReplyDelete