Thursday 22 December 2011

Aktiviti Perbincangan 2

Apa yang kita faham dengan ‘amalan soleh’ ? Adakah sekadar melakukan ibadat atau sekadar membuat kebajikan? Cukupkah kita dikatakan telah melakukan amal soleh sekadar kita telah menyempurnakan solat, zakat, baca Al-Quran , bersedekah dan pergi haji?



2 comments:

  1. Pada pendapat saya, amalan soleh juga adalah dengan menjauhi dari mengumpat, tidak amalkan sifat takbur dan riak serta besarkan diri, tidak berkata-kata yang tidak memberi manfaat, kita banyakkan sabar, tidak bergaduh sesama Islam, tidak bermasam muka tidak tegur menegur sesama Islam, kita tidak menyombong diri sesama manusia, tidak kedekut untuk berbelanja pada hal-hal keagamaan dan kebajikan, tidak mementingkan diri sendiri, tidak langsung mementingkan hal-hal kebendaan dan sebagainya lagi.

    ReplyDelete
  2. Selain solat lima waktu, pada pendapat saya, amalan Qiamullail juga merupakan satu amalan yang sangat baik. sebagai umat Muhammad yang menjadikan Rasulullah itu sebagai contoh, maka sewajarnya kita perlu mengetahui apakah jenis-jenis sembahyang malam, kelebihan-kelebihan dan kaedah-kaedahnya supaya kita dapat mengamalkannya dengan sempurna. Amalan ini merupakan sebagai medium untuk membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah, insan kamil dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

    ReplyDelete